Miskaulah, 38 tahun seorang warga Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo, Indonesia mempunyai habit yang sangat luar biasa. Sejak dari kecil, wanita ini gemar memakan binatang secara hidup-hidup sehinggakan beliau tidak berselera untuk memakan makanan lain.
"Memakan perut ayam boleh membuatkan saya kenyang, apatah lagi darah ayam yang rasanya manis-manis dan hangat. jikalau sekarang, setiap hari saya hanya menghabiskan dua ekor ayam. Dibandingkan sebelumnya, setiap hari saya akan menghabis 5 ekor." kata Mama Pretty,ama samaran beliau yang juga seorang DJ radio di Tanggulangin, Sidoarjo.
Namun Mama Pretty mengakui bahawa tabiat memakan ayam secara hidup-hidup membawa banyak masalah bagi beliau. Ini kerana jika dia tidak memiliki wang, dia terpaksa memakan ayam-ayam milik saudara-saudaranya di belakang rumah. Namun, saudara-saudara beliau cukup memahami tabiat pelik Mama Pretty ini.
"Kadang-kadang, kalau saya tidak mempunyai wang, ayam di belakang rumah milik saudara-saudara saya itu saya akan makan. Mereka pun tahu, kerana saya memang menginginkannya. Kalau sehari tidak dapat memakan ayam, badan saya akan rasa lemah dan tidak bertenaga," kata wanita yang memiliki dua orang anak.
Soal rasa, menurut Mama Pretty, memang daging dan darah ayam lebih lazat meskipun beliau juga suka memakan ular. Beliau pernah keracunan ketika memakan ular hidup-hidup kerana bisa di dalam ular tersebut. Sejak dari itu, beliau jarang memakan ular dan lebih memilih untuk memakan ayam hidup.
"saya juga memakan ular, dan saya terpaksa membelinya dari penjual. Kalau dibandingkan antara daging ayam dan ular,ternyata ayam lagi sedap. saya pernah keracunan ketika menyantap daging ular ketika kelas 1 SMA. tidak tahu ular apa yang saya makan waktu itu. tetapi selepas memakan ular itu wajah saya membengkak," jelas Mama Pretty. ~cima~
9 comments:
otak diaaaa!!
sembelih tak ayamnye tuh???
eeeyuckkkk!! munta wok! ;p
Ya Allah , nak muntah tengok :'(
@iqa: dye sembelih gune gigi je..huahuahua.. xD
@fiza: hahaha..sedap laaa.. :D
@MIYDA: muntah3.. :D
oke, tetibe terbayang ! erk ~ sila ke tepi, mahu mu***h, hehe
ahli CU?.. tengok cne~..
http://tutogaryasip.blogspot.com/2011/06/senarai-ahli-cu.html
walau tabiat pelik tp tak kan tak tau langsung pasal halal haramnya...ehh bertudung litup plak tu..selamber je..cm hina plak aku nengok tabiat buruk tu....
OMG..hu2..
@emeera: muntah3..hahaha.. whoaa!!..muntah kuar ayam!..haha xD
@gary: wahh..jom guling2 ramai2..haha :D
@pCL: emmm...btul3..cam x bersalah lak kan.. =,="
@aremieroul: nak cube..ngeh3 xD
Catat Ulasan