klik la sini ye..^^

Ahad, 12 Jun 2011

Entry About Nasi Lemak... (AGAIN????)

bimillahirrahanirrahim~..
assalamualaikum wbt..pekabo orang2 kmpung??..
ada sehat??..hehe :D


ok,,straight to the point laa...
ttibe je aku tersa nak wat lagi tntang entry berkaitan NASI LEMAK nie..
sbab entry tntang NASI LEMAK yang sebelum nie agak menghampakan memberangsangkan..hehe
sesape yang blum baca entry tu,,ley la klik sini ye---> Kekecewaan Di Pagi Hari..[klik]


tapi,yang tu citer dan kekecewaan aku yang sebenar..
kali nie lak citer drpada ada la sorang mangkuk makhluk Allah nie..
so,sama2 la kita ride read citer nie yekk..
moral citer nie lak jgn dilupakan taw.. :D


**perrghhh~~.. NASI LEMAK terbaeekkk wokkk~~!! :D **



*************************************************************

Cerita ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian .....

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga NASI LEMAK di Kampong Baru..
Kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk 
mendapatkan NASI LEMAK setiap hari. 


Menurut beliau, 
resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama 
menyebabkan NASI LEMAK beliau laris.
Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang 
dimaksudkan itu ialah BANGKAI ULAR yang digunakan sebagai pelaris untuk
menyedapkan NASI LEMAK beliau. 


BANGKAI ULAR berkenaan diwapkan didalam periuk NASI LEMAKnya
bagi menggantikan daun pandan. 
Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, 
Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, 
anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan 
walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. 


Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, 
maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. 


Kalau nak diikutkan pengalaman saya, 
hanyalah sedikit sahaja yang saya tahu dalam ilmu perubatan ini.


Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam
ketika itu hujan renyai masih belum berhenti
di sambut pula dengan RAUNGAN Kak Kiah yang semakin kuat.

Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk 
ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. 
Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau
Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh 
manakala kulitnya seperti hendak menggelupas

Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa 
dan ikan bilis daripada anak lelakinya. 
Ianya tidak menjadi masalah kerana 
merupakan bahan yang digunakan seharian. 

Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, 
RAUNGAN Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh MARAH!! 
sungguh terkejut saya apabila beliau MENJELIRKAN lidahnya 
lalu terkeluar lidah yang BERCABANG seperti ular. 

Tanpa membuang masa 
saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya 
lalu dicurahkan dengan air masak
RONTAAN Kak Kiah semakin kuat, 
kulitnya MENGELUPAS dan BERSISIK lagi BUSUK!!!!.... 

Lalu saya minta anak lelakinya 
mencurahkan santan ke badannya, 
Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.



Pada ketika itu 
seluruh badannya mengeluarkan asapbegitu juga daripada 
bawah tilamnya. 

Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi 
umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. 
Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.


Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, 
penuh dengan ............ ......... ...
.............................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...............................................

.............................NASI LEMAK!!!!!!!!!


Hahahahahaha... XD
Jangan mare~~...... 
Dah! Dah! Cerita ni tipu jer ........
Pergi buat keje tu haa..**eh,lupa hari nie hari Ahad.. -,-"

**saja nak ilangkan bosan sebenarnye..PEACE YAW~~ ;D


**asyik terfikir nak msukkan entry2 lawak jenaka..
agak2 ok x??..
ape respon korang??.. :D

2 comments:

Ken Wooi berkata...

nasi lemak sedap :)

abie_panda berkata...

sedap3..hahaha :D

klik la Tukang Iklan.. :D