klik la sini ye..^^

Sabtu, 18 Jun 2011

Khasiat Buah Epal (",)


Assalamualakum wbt..
ohaiyo gozaimassu min'na.. :D
pekabo?..sihat?
^_^

emmm,,
mesti ramai yang suka makan buah nepal epal kan??
x kesah la hijau or merah,
mahupon unggu kebiru-biruan..
yang pastinye buah gajus epal.. ^_^

so,
sempena pagi yang indah nie
**walaupon baru lpas ribut
aku igt nak kongsi2 sikit la dengan korang tentang 
khasiat buah nepal epal hijau & merah nie..
da tau khasiatnye?
xpe3..pada yang da tau tu,,
nie bukanla entry ntuk korang..
huahuahua

ok,,
starting dengan

EPAL MERAH



1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A  dan vitamin B kompleks.
**sesuai ntuk mereka yang kekurangan vitamin.. :D 

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebihkurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
**xyah la nak cucuk button bottox sana sini semata2 nak elak kedut yek.. :D

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
**an epal a day keeps a HEART ATTACK away..ikot suke aku r nk ckp ape..hehehe ;p

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.
**ingat tu~!!..hehe

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari  berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
**serat gak ley tolong orang2 yang menglami SEMBELIT agar lancar perjalanan ketulan mampat yang nak kuar dari badan tu... *_^

6) Berita baik!! kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang
hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan..
**cholestrol & trans fat free!!!..haaa,,dengar tu orang2 kampung~~..haha :D


seterusnya,

EPAL HIJAU


1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
**boron??..cam pnah dngar dlm Periodical Table of Element jek..hahaha :D

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama-sama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
**kalau boleh,,sbelum mkn dgn kulit,kikis dlu kulit tu sbb tdapat lapisan wax/lilin yg sengaja diletak oleh peniaga utk elak buah rosak dgn cepat..<--free tips.. :)

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman,kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan inidapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
**haaa,,kan da cakap tdi..hahaha ^_^

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalamair batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka..<--another free tips.. :)


Actually 
khasiat yang terkandung dalam kedua2 jenis manggis epal nie lebih kurang je..
pada yang suka masam2 tu,ley r makan epal hjau..
kalau suka yang manis2,makan la epal merah..
**khasiat epal unggu kebiru-biruan masih kekal misteri.. :D

nak tau something yang lagi misteri??..
cuba tekan bottox button F13
perkara misteri akan terjadi pada PC & keyboard anda..
cube try test.. 
^___^

ok la..
sekian sahaja entry yang membosankan ntuk kali nie..
**sbenrnye tngah xde idea,,masukkan je la ape yang ade yek.. T-T
Assalamualaikum wbt & selamat beramal.. :D



3 comments:

Ghab Van Hal berkata...

banyak rupenye khasiat mende ini..

bawal crepe putih berkata...

suka sama epal ijou ! yg msam msam gituuu, hehe

abie_panda berkata...

@ghab van hal: tau xpe..haha

@emeera asnary: x suke~!!..masam!!..hahaha :D

klik la Tukang Iklan.. :D