klik la sini ye..^^

Sabtu, 8 Mac 2014

Perkongsian dari seorang sahabat.. :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
da lame tak rajinkan diri menaip kat sini..
sebenarnye tergerak nak menaip balik entri bile teringat satu janji yang belum dikotakan lg..

mse previous semester break haritu ade seorang sahabat nie request sruh buatkan ayat untuk berkongsi ilmu Allah dengan rakan2 yang lain..
tapi mase tu kesempitan waktu plus langsung xde idea nk buat ayat camne..
maaf sgt2 yek sahabatku..
baru harini brkesempatan nk buat ayat2 tu..
maka harini akan ku kotakan janji ku..
*cewahhhh* :p

sebenarnye sahabat aku yang seorang nie nak kongsikan ilmu beliau tentang fadhilat ayat2 terakhir dalam surah Hasyr..
pernah dengar nama surah nie?..
bole la rajin2kan diri selak al-Quran di rumah tu ye.. :)

brdasarkan ape yg cik sahabat bgtau dan selepas beberapa pembacaan,
terdapat beberapa kelebihan dalam mengamalkan pembacaan ayat2 dari surah ni..
nie info yang aku dpt drpd blog Shafiqolbu.. :)
Bismillah..

3 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr

Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. 
Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. 
Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. 
Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. 
Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.



Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr
Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang (cik sahabat cadangkan baca ayat nie 3 kali selepas solat Subuh dan Asar),
ia akan;

1.      Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.
2.      Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3.      Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4.      Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.



Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr
1)      Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ﷺ telah bersabda :

“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-’alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

2)      Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3)   Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)


Sekian sahaja perkongsian untuk entri kali ini..ampun maaf andai ade trsalah info..yang baik itu datangnye drpd Allah,yang buruk itu datangnye dari saye..Wallahualam.. :)

p/s: kpd cik sahabat,maaf sebab lambat sgt tunaikan hutang saye yg nie.. ^_^





0 comments:

klik la Tukang Iklan.. :D