klik la sini ye..^^

Khamis, 27 Mac 2014

Beautiful Sadness


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
harini malas nk taip panjang2..nak taip sikit je..
isi hati katenyeee..haha
nk taip kat fesbuk,tp mcm trlalu pnjang ntuk status..
so taip kat sini je la..
hehehe

ehemmm..

i love LIFE..
well yea,
sometimes SADNESS do come around and ruined the HAPPINESS..
it made me feel DOWN,and DEPRESSED..
but at the same time,
i'm really HAPPY that something can actually made me feel that SAD..
it's like,
it makes me feel ALIVE..
you know?
it makes me feel,HUMAN..
the only way i feel this SAD now,
is because i felt something really GOOD before..
so i have to take the BAD, with the GOOD..
let it BALANCE..
you know?
so i guess what i'm feeling right know is like a
BEAUTIFUL SADNESS..
^_^v

#########additional##########
alangkah indahnya kalau dapat kita FAHAMI bahawa
setiap inci UJIAN yang kita alami adalah
SENTUHAN KASIH SAYANG daripada ALLAH SWT..
tak pernah sekalipun UJIAN datang untuk
menJAUHkan HAMBA daripada TUANnya,
bahkan untuk menjadikan manusia
INGAT dan lebih DEKAT kepada
SANG PENCIPTA..

setiap yang berlaku,ada HIKMAHnya..
percaya pada perancanganNYA..

ALLAHUAKBAR..
v^_^v
##################

*dan akhirnye aku tertaip panjang jugak..
hahahaha
=__="

Sabtu, 8 Mac 2014

Patah Hati??


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
*lelambai*

topik entri kali nie, "PATAH HATI"
ade sesape yg trbiase dgn prkataan nie?
kite geng! 
*high five*


patah hati nie,atau kate budak2 zaman skang, "heart broken" nie biasenye trjadi atas beberapa prkara.
sama ada sebab putus cinta,lamaran/pinangan ditolak,
ataupon proposal untuk esaimen kene reject..
ehhh??..tetibe..haha
kalau tengok dari keadaan sekarang,
kebanyakan punca patah hati adalah disebabkan putus cinta..
ya,aku akui..
patah hati memang sangat2 menyakitkan..
sedangkan aku yg baru brjinak2 tentang cinta,tetibe trkandas tanpa sempat smpai mne2,pastu patah hati pon sakitnye msih terasa lagi smpai skang,
apatah lagi mereka2 yg da brhubungan dalam tempoh yang lg lama..
setahun,dua tahun..mesti lg teruk rasanya kan..

Mungkin pasangan yang menolak kite tu bukanlah jodoh kite..
mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat sahaja menghiasi bumi..
dia bukan bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari..
ingat,Allah sudah menjamin 3 perkara iaitu AJAL,REZEKI dan JODOH.
dan jangan lupa Allah juga berfirman,ertinya:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” 
(QS. An Nuur: 26)

Bila kite da terlanjur patah hati,jangan pulak kite gelap mata.
kee[ thinking positive..thats what i thought to myself..
kite kena yakin bahawa Allah selalu memberikan yang terbaik buat kite..
apepon yang trjadi,itulah yang terbaik untuk kite..
meskipun pahit,getir dan perih,,itu semua demi kebaikan kite..
ade hikmah disebalik semua yang terjadi..
sebaik baik perancangan adalah perancangan dari-Nya..
setuju?? :)
ade beberapa cara untuk menyembuhkan hati yang duka lara akibat patah hati:

1) Jangan Overdramatik dan men-dramatik-kan keadaan.
Jangan la bersedih sedihan terlalu lama..cuba elakkan suasana atau keadaan yang bole membuatkan korang rasa sebak atau melankolis..toksah dok dengo lagu2 yang berunsur patah hati or jiwang karat bagai..dekatilah Sang Pencipta..pohon kekuatan dariNya.. :)

2) Putus asa itu dosa.
Sentiasalah ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : 
“Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani)
Makanya,jangan la korg putus asa..percayalah korang masih ade peluang lagi..cume perlu tunggu masa dan saat yang sesuai je.. :)

3) Jangan la menyendirikan diri sendiri.
Part nie la yang paling aku x suke bile ade member2 aku yg putus cinta..suke sangat mnyendiri,membawa diri sorg2 (padahal aku pon same..LOL xD ) ..kalau bole,jangan la menyendiri..cari la kawan2 sekeliling yang bole support korang,motivate korang untuk membuatkan korang bangkit semula..masa2 camnie la kwan2 memainkan peranan yang penting.. :)

4) Perbanyakkan kegiatan positif.
Kite kene sentiase bergerak..buat la ape2 aktiviti untuk sibukkan diri sendiri dan jangan pikir tentang prkara buruk yang berlaku..pergi la berlari pusing stadium,berbasikal,lompat bergalah,lari dalam guni,kacau jiran sebelah umah ke..ehhh??..haha..kalau nak lagi bagus plus3 positif,belajolah tentang Islam..in shaa Allah,pahitnya patah hati tu akan beransur hilang kerana Islam itu tersangatlah indah dari yang disangka.. :)

kepada mereka2 yang putus cinta atau lamaran/pinangannye ditolak tu,
harap sabar dan tabah menghadapi dugaan yang melanda ye..
mungkin si dia bukan lah jodoh yang ditakdirkan untuk kite..
ape yang penting,terus kekal positif..
percaya padaNya..jangan biarkan diri down dek kerana patah hati.. :)


Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:

“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”

sekian sahaja untuk entri kali nie..
terima kasih..

p/s:
entri nie ditaip sebab sejak kebelakangan nie mcm ramai pulak kawan2 aku yg duk patah hati..
cik sahabat yang sorg tu pon asyik bersedih je lately..jgn la menyendiri ye..
risau eden memikirkanmu..be strong..always! :)

Perkongsian dari seorang sahabat.. :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
da lame tak rajinkan diri menaip kat sini..
sebenarnye tergerak nak menaip balik entri bile teringat satu janji yang belum dikotakan lg..

mse previous semester break haritu ade seorang sahabat nie request sruh buatkan ayat untuk berkongsi ilmu Allah dengan rakan2 yang lain..
tapi mase tu kesempitan waktu plus langsung xde idea nk buat ayat camne..
maaf sgt2 yek sahabatku..
baru harini brkesempatan nk buat ayat2 tu..
maka harini akan ku kotakan janji ku..
*cewahhhh* :p

sebenarnye sahabat aku yang seorang nie nak kongsikan ilmu beliau tentang fadhilat ayat2 terakhir dalam surah Hasyr..
pernah dengar nama surah nie?..
bole la rajin2kan diri selak al-Quran di rumah tu ye.. :)

brdasarkan ape yg cik sahabat bgtau dan selepas beberapa pembacaan,
terdapat beberapa kelebihan dalam mengamalkan pembacaan ayat2 dari surah ni..
nie info yang aku dpt drpd blog Shafiqolbu.. :)
Bismillah..

3 Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr

Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. 
Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. 
Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. 
Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. 
Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.



Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr
Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang (cik sahabat cadangkan baca ayat nie 3 kali selepas solat Subuh dan Asar),
ia akan;

1.      Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.
2.      Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3.      Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4.      Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.



Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr
1)      Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ﷺ telah bersabda :

“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-’alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

2)      Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3)   Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)


Sekian sahaja perkongsian untuk entri kali ini..ampun maaf andai ade trsalah info..yang baik itu datangnye drpd Allah,yang buruk itu datangnye dari saye..Wallahualam.. :)

p/s: kpd cik sahabat,maaf sebab lambat sgt tunaikan hutang saye yg nie.. ^_^





klik la Tukang Iklan.. :D